Nur Syazwana Mansor


Pendang: Enam kakitangan perubatan Hospital Sik cedera, dua daripadanya parah dalam kemalangan di Kilometer 70.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad, berkata pihaknya menerima laporan kejadiaan pada 7.53 pagi.

Safuwan berkata, pegawai bersama lapan anggota dari BBP Guar Chempedak bergegas ke lokasi kejadiaan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan kenderaan pacuam empat roda Kementerian Kesihatan Malaysia dan terdapat enam mangsa didalamnya.

"Semua mangsa dikeluarkan dari kenderaan terbabit oleh orang awam. Tiga daripadanya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar oleh orang awam.

"Pihak kami kemudian bertindak memberi rawatan awal kepada tiga lagi mangsa di lokasi kejadiaan sebelum menghantar mereka ke hospital," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 10:22 AM