Atikah Suhaime
Atikah Suhaime

Sebelum ini Cik Pang ada terbaca mengenai pelakon Atikah Suhaime tidak selesa hidup dikongkong kekasih. Ingatkan hal itu sudah selesai tetapi khabar terbaru Cik Pang dengar daripada teman agak mengejutkan.

Teman Cik Pang mendakwa, pelakon jelita itu masih dikongkong jejaka yang pernah menjadi kekasihnya. Biarpun tidak lagi memegang status kekasih hati, mereka berdua dikatakan masih berkawan baik.

Difahamkan, walaupun berkawan baik bekas teman lelaki pelakon itu dipercayai masih mempunyai hati dan perasaan terhadap Atikah.

Sehinggakan pernah sekali Atikah mengambil swafoto dengan seorang pelakon dan pengarah senior, si jejaka itu memarahi dan menyuruh Atikah memadamkannya.

Tidak cukup dengan itu, si jejaka juga sering menemani bekas kekasihnya itu di set penggambaran filem dan drama.

Lucunya, si jejaka itu cemburukan bekas kekasih berlakon dengan pelakon senior seusia dengan bapanya yang kebetulan memegang watak kekasih.

Cik Pang ada juga bertanya dengan teman, kenapa Atikah tidak abaikan saja si jejaka itu yang jelas mengongkong waktu kerjanya?

Tapi jawapan daripada teman Cik Pang agak menghampakan. Dakwa teman Cik Pang, ia berkemungkinan sebab si jejaka itu sukar nak melepaskan Atikah, manakala Atikah pula ambil sikap layankan saja kerenah ‘cemburu tak bertempat’ bekas kekasih supaya semua orang boleh nampak sikap sebenarnya.

Dengar cerita, jejaka itu pernah buat hal sama dengan bekas kekasihnya sebelum Atikah, juga selebriti jelita. Betul ke?

Nasihat Cik Pang, kalau sudah ditakdirkan tiada jodoh, janganlah nak dipaksa-paksa. Belajarlah bersikap matang, terima keputusan dengan hati terbuka dan terus pandang ke hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 5:06 AM