SUSPEK yang ditangkap penduduk kampung dalam kejadian samun di Kampung Bauto, Telupid. FOTO ihsan pembaca
SUSPEK yang ditangkap penduduk kampung dalam kejadian samun di Kampung Bauto, Telupid. FOTO ihsan pembaca
Hazsyah Abdul Rahman


Telupid: Taktik pasangan suami isteri baring di tepi jalan raya dan berpura-pura meminta tolong sebelum menyamun seorang mangsa membawa padah apabila dicekup penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Bauto, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, mangsa lelaki 30-an, yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dikatakan melihat tiga suspek berusia 30 hingga 50 tahun

termasuk pasangan terbabit berbaring di lokasi berkenaan.

Difahamkan, mangsa menurunkan cermin kereta untuk membantu tetapi suspek menarik tangan lalu merampas jam tangan miliknya.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan berkata, mangsa yang turun dari kenderaan dipukul oleh suspek sebelum ditahan dengan bantuan penduduk kampung.

"Isteri suspek turut diberkas. Manakala seorang lagi rakan mereka melarikan diri.

"Siasatan lanjut, kedua-dua pasangan suami isteri berasal dari Filipina dan tidak memiliki dokumen sah." katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Terdahulu, gambar suspek dicekup penduduk kampung turut tular di Facebook, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 4:03 PM