Seingat Sha, tahun lalu ada desas-desus Neelofa dan Fara Fauzana akan meninggalkan program majalah terkenal, Nona dan tempat mereka digantikan pe­ngacara baru.

Namun khabar itu se­nyap begitu saja apabila mereka masih kekal mengendalikan program berkenaan. Nampak gayanya perkara itu jadi kenyataan tahun ini apabila pelakon cantik manis, Fouziah Gous tampil sebagai hos baru Nona.

Sempena ulang tahun ke-30 Nona, banyak pembaharuan bakal diperkenalkan, termasuk segmen dan pengacara.

Difahamkan selepas meneliti personaliti serta corak penyampaian beberapa hos jemputan sepanjang tahun lalu, produksi Nona sebulat suara memilih Fouziah. Dia memiliki kriteria ditetapkan produksi dan calon paling sesuai.

Tahniah diucapkan kepada Fouziah kerana berjaya meng­galas tanggungjawab besar ini. Bukan calang-calang orang mampu mengendalikan program ini dan pasti ia cabaran besar buat Fouziah.

Apapun, Sha berharap Fouziah mampu mengangkat Nona ke tahap lebih membanggakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:01 AM