Chong Wei cari gelaran keempat pada Seluruh England. FOTO AP
Chong Wei cari gelaran keempat pada Seluruh England. FOTO AP
Ferzalfie Fauzi

ferzalfie

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mudah mara ke suku akhir Seluruh England selepas mengalahkan Wang Tzu Wei dari Taiwan pada pertarungan pusingan kedua, hari ini.

Pilihan utama kejohanan itu menang straight set 21-18, 21-18 dalam aksi perlawanan selama 39 minit berlangsung di Arena Barclaycard, Birmingham.

Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia pernah muncul juara di Seluruh England pada 2010, 2011 dan 2014.

Menantinya di suku akhir adalah pemenang perlawanan antara Tian Houwei (China) dan HS Prannoy (India) yang akan beraksi pada satu lagi perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 9:50 PM