Agensi

Madrid: Penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres dibawa ke hospital selepas pengsan apabila terhantuk kepala dengan pemain lawan ketika saingan Liga Sepanyol menentang Deportivo la Corunoa di stadium Riazor, La Coruna, Galicia.

Pemain Deportivo, Alex Bergantinos mengasak Torres, 32, dari belakang dan terhantuk kepalanya apabila mereka berebut untuk menanduk bola lima minit sebelum perlawanan tamat.

Atletico berkata, Torres mengalami kecederaan otak traumatik dan dibawa ke hospital untuk menjalani ujian.

"Pemain kami yang kini stabil mengalami hentakan kuat kepada kepalanya dalam minit-minit terakhir perlawanan dan terpaksa dibawa ke hospital secepat mungkin menerusi ambulans.

"Beliau akan bermalam di hospital untuk dipantau doktor," kata Atletico dalam satu kenyataan.

Pemain dari kedua-dua pasukan terus meminta bantuan perubatan selepas Torres terjatuh.

Pemain pertahanan Atletico, Jose Maria Gimenez dilihat menangis dan penyokong Deportivo memberi diberi tepuk sorak yang gemuruh ketika Torres diusung keluar padang.

Atletico dan Deportivo seri 1-1 dalam perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 7:10 AM
TORRES mendapat bantuan perubatan. FOTO EPA
TORRES mendapat bantuan perubatan. FOTO EPA
PEMAIN Atletico Madrid players (dari kiri) Sime Vrsaljko, Gabi Fernandez dan Jose Maria Jimenez memeriksa Torres. FOTO EPA
PEMAIN Atletico Madrid players (dari kiri) Sime Vrsaljko, Gabi Fernandez dan Jose Maria Jimenez memeriksa Torres. FOTO EPA