Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk menghentikan operasi teksi motosikal, Dego Ride.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau tetap dengan keputusan mengharamkan operasi teksi motosikal demi keselamatan orang awam.

"Kami berharap orang ramai faham dengan keputusan yang sudah diambil, saya sudah memberi maklumat berhubung operasi Dego Ride dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi dan Jemaah Menteri bersetuju dengan keputusan kementerian.

"Pada masa sama, kita juga sedang berusaha menyediakan sistem pengangkutan awam yang kondusif dan cekap untuk masyarakat di kawasan bandar," katanya ketika ditemui media di lobi Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Liow berkata, kementerian juga bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan pengusaha Dego Ride untuk berbincang mengenai perkara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 5:06 PM