Anggota bomba membantu penduduk berpindah. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba membantu penduduk berpindah. FOTO ihsan bomba
Fuad Hadinata Yaacob


Sabak Bernam: Seramai 152 orang daripada 45 keluarga di daerah ini dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir sehingga 8 pagi tadi.

Ia membabitkan Dewan Seri Bernam dan Dewan Parit Baru.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, Dewan Seri Bernam mencatatkan 78 mangsa daripada 45 keluarga manakala Dewan Parit Baru membabitkan 74 mangsa daripada 19 keluarga.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan, 59 orang adalah lelaki manakala 65 wanita; warga emas (22 orang) dan masing-masing tiga adalah bayi dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Kawasan pemindahan setakat ini membabitkan Sungai Ayer Tawar, Sungai Lang dan Parit Baru.

"Bilik Gerakan Bencana Daerah sudah diaktifkan sejurus pemindahan mangsa," katanya.

Menurutnya, sembilan agensi terbabit selain bomba seperti Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Sabak Bernam serta Jabatan Penerangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 9:31 AM