ANGGOTA polis berdiri berhampiran bangkai pesawat yang terhempas. FOTO AFP
ANGGOTA polis berdiri berhampiran bangkai pesawat yang terhempas. FOTO AFP
AHLI keluarga mangsa terkorban yang berada di lokasi kejadian. FOTO EPA
AHLI keluarga mangsa terkorban yang berada di lokasi kejadian. FOTO EPA
ANGGOTA penyelamat menjalankan operasi di lokasi nahas. FOTO EPA
ANGGOTA penyelamat menjalankan operasi di lokasi nahas. FOTO EPA
Reuters

Bishkek (Kyrgyzstan): Apabila Anarkan Kozhoyeva pulang ke kediamannya di sini, semalam, hanya rumahnya yang masih kekal di jalan alamatnya di kampung Dachi Suu.

Rumah lain di jalan itu musnah selepas pesawat terhempas manakala beberapa keluarga terkorban ketika tidur.

Bersebelahan rumah Kozhoyeva, 65, bangsal jirannya berdiri hampir utuh di bawah serpihan ekor pesawat itu.

Namun, rumah jirannya musnah sepenuhnya.

"Saya seorang diri sahaja. Semua jiran saya mati.

"Rumah kami hanya 20 meter dari nahas," kata pesara itu.

Kozhoyeva berkata, anggota penyelamat menemui dua kanak-kanak dalam runtuhan dan membawa mereka ke rumahnya. Namun mereka meninggal dunia sejurus kemudian.

"Saya takut. Saya tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan," katanya sambil menangis.

PESARA Anarkan Kozhoyeva yang tinggal berhampiran lokasi nahas. FOTO Reuters
PESARA Anarkan Kozhoyeva yang tinggal berhampiran lokasi nahas. FOTO Reuters

Ketika operasi mencari, anggota penyelamat menemui seorang demi seorang mangsa maut manakala anggota bomba memadamkan kebakaran dan penduduk meratapi kematian mangsa terkorban.

Sementara itu, bau bahan api kuat di Dachi Suu dan asap bercampur dengan kabus tebal menghadkan penglihatan.

Polis turut mengepung lokasi nahas itu bagi mengelakkan kecurian barangan. Pegawai tempatan berkata, pesawat itu membawa 85 tan barangan pengguna.

Pesawat Boeing 747-400 milik syarikat kargo Turki, ACT Airlines memusnahkan puluhan bangunan selepas ia gagal dalam percubaan mendarat dalam cuaca berkabus di lapangan terbang Manas 7.31 pagi waktu tempatan (8.31 pagi waktu Malaysia), semalam.

Semua empat anak kapal dan dianggarkan 33 orang di kawasan itu terkorban manakala beberapa bangunan terbakar selain serpihan pesawat bertaburan beratus meter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 7:43 AM