ALIFF Aiman kini dirawat di ICU sebuah pusat perubatan swasta. FOTO Ihsan pembaca
ALIFF Aiman kini dirawat di ICU sebuah pusat perubatan swasta. FOTO Ihsan pembaca
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Keceriaan seorang murid tahun satu yang baru menamatkan hari kedua sesi persekolahan 2017 bertukar tragedi apabila dia parah akibat dilanggar motosikal berhampiran Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, di sini, tengah hari kelmarin.

Ketika kejadian jam 1 tengah hari, Aliff Aiman Mohd Nasri, 7, yang baru tamat sesi persekolahan dipercayai mahu melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal Honda EX5 dinaiki dua lelaki.

Akibat kemalangan itu, Aliff Aiman kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di negeri ini kerana patah kaki kanan, tempurung kepala retak dan pendarahan pada otak.

Ibu mangsa, Suwanti Abd Hamid, 32, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan seorang penduduk yang datang ke rumahnya terletak satu kilometer dari sekolah.

Suwanti berkata, mangsa sepatutnya pulang ke rumah di Taman Bukit Rambai Jaya, bersama kakaknya menaiki van sekolah namun kanak-kanak itu dipercayai mengambil keputusan berjalan kerana merasakan dirinya ditinggalkan, sebelum dilanggar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 8:23 AM