TUN Nadia (kiri) bersama pengacara Jom Singgah iaitu Akhmal (dua dari kiri), Ifa Raziah (tiga dari kiri) dan Dayah (kanan). - FOTO Arkib NSTP
TUN Nadia (kiri) bersama pengacara Jom Singgah iaitu Akhmal (dua dari kiri), Ifa Raziah (tiga dari kiri) dan Dayah (kanan). - FOTO Arkib NSTP
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Tiga penyampai radio Rangkaian Radio Media Prima Berhad (RRMPB) iaitu Tun Nadia dari Hot FM, Farid (Kool FM) dan Dennis Yin (Fly FM) mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan di stesen radio masing-masing.

Tun Nadia sudah meninggalkan Hot FM sejak 16 Disember lalu, manakala hari ini adalah hari terakhir Dennis di Fly FM. Sementara itu, Farid akan meninggalkan Kool FM 30 Disember ini.

Ketiga-tiga mereka menamatkan perkhidmatan atas alasan mahu melebarkan kerjaya dalam bidang pilihan masing-masing.

Tun Nadia yang pernah mengendalikan segmen Muzik Hot dari jam 10 pagi hingga 1 petang ketika dihubungi berkata, keputusan itu adalah yang terbaik buat kerjayanya.

"Bukannya bosan atau sebab lain. Lagipun saya baru dua tahun berkhidmat dengan Hot FM. Saya cuma mahu tukar angin dan kembangkan kerjaya di tempat lain

‘Apa yang pasti saya berhenti bukan kerana mendapat tawaran dari stesen radio lain. Keputusan itu dilakukan atas kemahuan sendiri. Setakat ini, saya belum ada apa-apa perancangan lain tapi saya percaya rezeki itu ada di mana-mana luas," katanya yang juga pengacara Jom Singgah di TV3.

Sementara itu, Dennis yang popular mengendalikan segmen pagi #FlyWolfPack pula berhenti bagi menumpukan perhatian terhadap perniagaan restorannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 7:50 PM