AISHAH AF7.
AISHAH AF7.
Syafil Syazwan Jefri


Sembilan tahun dalam industri, penyanyi yang bermula daripada program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tidak pernah mengalah walaupun namanya tidak naik mendadak seperti rakan seperjuangan lain.

Dalam tempoh itu, Aishah mengakui menimba pelbagai ilmu baru, sekali gus menyusun dan mencari strategi untuk terus memperjuangkan kerjayanya sebagai anak seni.

“Sedar tak sedar, sudah sembilan tahun saya terbabit dalam bidang seni. Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah menyangka mampu bertahan sehingga hari ini.

“Saya tidak pernah mengalah dan berputus asa walaupun sedar, kelahiran artis baru menjadi cabaran yang sihat dalam industri seni,” katanya.

Kata Aishah, 25, setiap orang punya kelebihan masing-masing dan sepanjang sembilan tahun, dia sendiri sudah meniti beberapa fasa sebagai anak seni.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 5:00 AM