PESERTA bersedia untuk berzumba sebelum larian.
PESERTA bersedia untuk berzumba sebelum larian.
PESERTA Ice Watch Light Up The Night Run teruja memulakan larian.
PESERTA Ice Watch Light Up The Night Run teruja memulakan larian.
PESERTA bergambar bersama medal tanda kejayaan.
PESERTA bergambar bersama medal tanda kejayaan.
TIGA pelari lelaki teratas kategori 10km bergambar bersama Datuk Seri Meer Habib (tengah) dan Hafiz.
TIGA pelari lelaki teratas kategori 10km bergambar bersama Datuk Seri Meer Habib (tengah) dan Hafiz.
TIGA pelari wanita teratas kategori 10km yang berjaya menamatkan larian.
TIGA pelari wanita teratas kategori 10km yang berjaya menamatkan larian.
DATUK Seri Meer Habib dan isterinya melepaskan peserta di garisan permulaan.
DATUK Seri Meer Habib dan isterinya melepaskan peserta di garisan permulaan.
Fatin Farhana Japre


Lebih 5,000 peserta menyertai acara larian Ice Watch Light Up The Night Run 2016 di pekarangan Plaza Shah Alam, baru-baru ini.

Larian anjuran kali kedua The Marathon Company dengan tajaan penuh Ice Watch Malaysia ini menceriakan suasana malam di jalan raya Shah Alam dengan kemeja-T larian peserta yang berwarna-warni merangkumi tujuh warna iaitu biru, hijau, kuning, oren, merah, ungu dan merah jambu.

Peserta yang tampil majoritinya generasi muda dan mereka menyertai acara larian ini bagi dua kategori berbeza iaitu lima dan 10 kilometer (km).

Menariknya, peserta lelaki dan wanita kategori 10km ditawarkan hadiah menarik bagi lima yang terawal tiba di garisan penamat.

Seawal jam 6 petang , peserta sudah tiba di Plaza Shah Alam untuk mengalas perut di restoran sekitarnya sebelum berkumpul di pekarangan pintu masuk utama untuk melakukan tarian zumba sebelum memulakan larian.

Tepat jam 8 malam, peserta bagi kategori 10km dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ice Watch Malaysia, Datuk Seri Meer Habib dan isterinya, Datin Seri Zarida Nordin manakala kategori 5km pada jam 8.15 malam.

Penulis dan rakan media lain berpeluang turut serta bagi kategori 5km. Sepanjang larian, penulis lihat peserta bagi kategori 10km bersaing secara sihat bagi merebut hadiah menarik seperti jam tangan Ice Watch dan selebihnya berlari secara santai.

Datuk Seri Meer Habib berkata, penyertaan Ice Watch Light Up The Night Run 2016 ini tidak mengira usia dan paling penting satu keluarga dapat berkumpul dan mengamalkan gaya hidup aktif.

“Di samping meningkatkan penjenamaan dan kesedaran kesihatan pada orang ramai terutamanya Gen Y, acara larian ini menanam semangat persaingan, keazaman dan inspirasi yang boleh dimanfaatkan oleh mereka dari segi akademik atau alam pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek The Marathon Company, Hafiz Md Khas berkata, ini tahun kedua mereka bekerjasama dengan Ice Watch Malaysia dan sangat gembira dapat memberi pengalaman larian yang tidak akan dilupakan peserta Ice Watch Light Up The Night Run 2016.

Peserta, Nur Nadiela Yahya, 27, berkata, ini kali pertama dia menyertai larian kategori 10km pada waktu malam dan sangat teruja untuk tiba di garisan penamat.

“Secara keseluruhan, acara larian ini sangat meriah dengan kehadiran peserta daripada pelbagai bangsa dan peramah. Saya sendiri tidak sangka berjaya menamatkan larian walaupun tidak menang dan berharap pada masa akan datang berpeluang menyertainya lagi,” katanya.

Setiap peserta yang berjaya tiba di garisan penamat mendapat pingat sebagai tanda kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 12:04 AM