SEBAHAGIAN kucing yang dibela Haikal di rumahnya.
SEBAHAGIAN kucing yang dibela Haikal di rumahnya.
Ahmad Ismail


Segamat: “Saya tidak sampai hati melihat mereka kelaparan atau kesakitan, jadi pantang jumpa kucing terbiar terutama yang masih kecil, saya pasti akan membawanya pulang,” kata guru al-Quran Haikal Hazim Hamidon, 26, yang juga peminat kucing.

Sejak empat tahun lalu, Haikal Hazim sudah menyelamatkan 70 kucing terbiar yang ditemuinya ketika berulang-alik sejauh 14 kilometer dari rumahnya di Taman Ria ke Kampung Jawa untuk mengajar al-Quran.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, selain menyelamatkan kucing terbiar yang kelaparan dan cedera, dia juga tidak sanggup membiarkan bangkai haiwan kesayangan Rasulullah itu yang dilanggar kenderaan terbiar di atas jalan, lalu membawanya pulang untuk ditanam.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Haikal, menurutnya, sejak kecil dia memang meminati haiwan itu kerana sudah diajar ibu bapanya, Hamidon Ismail, 55, dan Suzana Muhammad Shahid, 50, supaya berbuat baik dengan haiwan kerana mereka juga makhluk Allah.

“Saya berulang-alik dari rumah ke tempat mengajar al-Quran dengan menunggang motosikal empat hari seminggu. Apabila terjumpa kucing terbiar yang kelaparan dan kesakitan, saya tidak teragak-agak membawanya pulang ke rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 8:44 AM