SEKITAR kempen #GirlsCanDoAnything kerjasama antara AirIasia dan Teach di Asian Of Excellence, Sepang.
SEKITAR kempen #GirlsCanDoAnything kerjasama antara AirIasia dan Teach di Asian Of Excellence, Sepang.
KAkitangan AACE Nur Zafirah memberi penerangan mengenai cara bekerja di dalam kapal terbang kepada pelajar.
KAkitangan AACE Nur Zafirah memberi penerangan mengenai cara bekerja di dalam kapal terbang kepada pelajar.
SEKITAR kempen #GirlsCanDoAnything kerjasama antara AirIasia dan Teach di Asian Of Excellence, Sepang.
SEKITAR kempen #GirlsCanDoAnything kerjasama antara AirIasia dan Teach di Asian Of Excellence, Sepang.
NUR Zafirah memberi penerangan mengenai Slide Drill .
NUR Zafirah memberi penerangan mengenai Slide Drill .
IZYAN Syazwani
IZYAN Syazwani
PUTRI Siti Nordiyana
PUTRI Siti Nordiyana
FARAH Zieda
FARAH Zieda
Redzuan Muharam


Boleh ke dia buat? Mampu ke? Itu persoalan segelintir individu terhadap wanita yang ingin menceburi bidang didominasi lelaki.

Stigma wanita golongan yang lemah sudah biasa dan walaupun tidak semua mempunyai mentaliti sebegitu tetapi kewujudan golongan berkenaan menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Sedangkan, mereka belum pun berpeluang membuktikan kebolehan dan kemampuan diri.

Bercerita lanjut, penulis berkesempatan ke program Kempen #GirlsCanDoAnything anjuran AirAsia dan Teach For Malaysia, baru-baru ini di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia (AACE), Sepang.

Seramai empat ahli panel berkongsi pengalaman masing-masing dengan 120 pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Manggis, Banting, SMK Pendamaran, Klang dan SMK Jengka Pusat, Pahang.

Mereka adalah juruterbang, Kapten Zephina Khanam Mohd Jasbir Khan, 31, pembantu juruterbang, Farah Zieda Mohd Anuar, 28, jurutera, Izyan Syazwani Mahfur, 28, dan Putri Siti Nordiyana Mohd Zain, 30.

Walaupun berbeza latar belakang, semua ahli panel terbabit mempunyai satu persamaan iaitu keinginan melakukan sesuatu yang dianggap mustahil oleh segelintir individu.

Perkongsian itu nyata menarik minat pelajar yang hadir dan bertambah menarik dengan adanya sesi soal jawab dengan ahli panel.

Gen Y sempat menemu bual tiga daripada empat ahli panel terbabit selepas program tamat dan ini pandangan mereka mengenai isu berkenaan.

Farah Zieda Mohd Anuar, 28 - Pembantu Juruterbang

“Saya berjaya mendapat pekerjaan ini selepas dua tahun tamat pengajian dan sementara menanti tawaran, saya menimba pengalaman bekerja di bahagian tiket selain mengumpul maklumat mengenai skop kerjaya sebagai juruterbang.

“Memang penantian agak lama, saya bersyukur kerana impian akhirnya menjadi kenyataan walaupun ribuan yang datang ke sesi temu duga ketika itu,” katanya.

Putri Siti Nordiyana Mohd Zain, 30- Jurutera Kapal Terbang

“Agak sukar menjadi golongan minoriti terutama dalam industri penerbangan dan kerana itu, saya perlu bekerja 10 kali lebih kuat berbanding lelaki bagi membuktikan kebolehan diri.

“Mental juga perlu kuat jika ingin menceburi bidang ini kerana akan ada yang ragu-ragu dengan kemampuan diri kita hanya kerana bergelar wanita dan faktor fizikal seperti saiz tubuh badan.

“Selebihnya, kita perlu gandakan usaha dan percaya wanita juga boleh melakukannya,” katanya yang mengambil masa enam tahun untuk mendapat lesen sebagai jurutera.

Izyan Syazwani Mahfur, 28 - Jurutera Kapal Terbang

“Tidak dinafikan, cabaran pasti ada dan salah satu yang tidak dapat dielakkan adalah bersaing dengan golongan lelaki yang kebanyakannya lebih berpengalaman.

“Tapi, saya tolak ketepi soal itu kerana sudah lama bercita-cita menjadi jurutera seperti ayah yang dulunya bekerja sebagai jurutera kapal laut.

“Bagi saya, jika lelaki boleh mengapa saya tidak dan bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh majikan untuk berkhidmat sehingga kini ,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 11:47 AM