GAMBAR atas, perawat membakar tuala pada perut Li Hang.
GAMBAR atas, perawat membakar tuala pada perut Li Hang.
Agensi

Beijing: Seorang budak obes seberat 143 kilogram ‘dibakar’ dalam usaha untuk mengurangkan berat badannya.

Li Hang, 11, menjalani rawatan perubatan tradisional Cina selepas beratnya naik mendadak kerana menghidap penyakit ganjil sejak berusia tiga tahun.

Rawatan yang dijalaninya, termasuk bekam ‘api’, terapi api yang dikenali sebagai ‘hua liao’ dan akupunktur.

Beberapa gambar rawatan berkenaan menunjukkan budak itu menjerit ketakutan ketika doktor menyalakan api pada tuala di atas perutnya.

Li Hang menjalani rawatan berkenaan di Hospital Changchun Kangda di bandar raya Changchun, Jilin, wilayah timur laut China.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 8:06 AM