DATIN Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di mahkamah bagi mengikuti perbicaraan semakan penghakiman suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
DATIN Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di mahkamah bagi mengikuti perbicaraan semakan penghakiman suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Murni Wan Omar


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan akan menetapkan tarikh lain bagi memberi keputusan permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya

Panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata demikian selepas kedua-dua pihak selesai berhujah.

Pendakwaan diwakili Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid manakala Anwar diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Anwar membangkitkan isu antara lain membabitkan Pejabat Perdana Menteri yang didakwa mempunyai konspirasi politik apabila mengeluarkan kenyataan segera sebaik sahaja hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Ahmad Kamal berhujah bahawa ia adalah amalan biasa dan menafikan bahawa wujud komunikasi antara Pejabat Perdana Menteri dengan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes itu.

Turut bersidang adalah Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 3:55 PM