Khairul (kanan) meraikan kejayaan 200m bersama Khairy. FOTO STR/OWEE AH CHUN.
Khairul (kanan) meraikan kejayaan 200m bersama Khairy. FOTO STR/OWEE AH CHUN.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Hasrat pemegang rekod 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod acara 200m berusia 48 tahun milik Tan Sri Dr M Jegathesan 20.92s dicatat pada Sukan Olimpik Mexico 1968 di Kejohanan Olahraga Tebuka Malaysia, tidak kesampaian.

Bagaimanapun pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu berjaya merangkul emas dengan catatan 21.10s menewaskan pencabar utama G Aravinn Thevarr dari ATM 21.14 dan gangsa milik Jonathan Nyepa dari Sarawak 21.18s.

Jurulatih Khairul, Mohd Poad Md Kassim berkata, kesilapan di 50 meter terakhir dilihat sebagai faktor kegagalan Khairul Hafiz untuk menyempurnakan misinya hari ini.

Acara 200m wanita dimenangi atlet ATM, S Komalam Shally dengan catatan 24.26s diikuti Zaidatul Husniah Zulkifli 24.36s dan Siti Fatimah Mohamad dari ATM ketiga, 24.57s.

Kehadiran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyemarakan pesaingan hari terakhir Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Universiti Malaya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 7:47 PM