SATU keluarga di Kampung Baroh Pial terpaksa mengharungi banjir untuk ke pusat pemindahan selepas kediaman mereka dinaiki air. FOTO Bernama
SATU keluarga di Kampung Baroh Pial terpaksa mengharungi banjir untuk ke pusat pemindahan selepas kediaman mereka dinaiki air. FOTO Bernama
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,283 mangsa sehingga 12 tengah malam.

Menurut portal eBanjir Kelantan, semua mangsa di enam jajahan di negeri ini kini ditempatkan di 40 pusat pemindahan banjir.

Berdasarkan rekod jajahan Tanah Merah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 963 mangsa diikuti Jeli (927), Pasir Mas (545), Kuala Krai (499), Pasir Puteh (365) dan Machang (39).

Keseluruhan 259 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Sementara itu, empat laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12, Jalan Chiku-Aring, Gua Musang, KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, Kuala Krai danKM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/ Kuala Nal, Kuala Krai, KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, Machang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 1:18 AM