SULTAN Nazrin berkenaan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah. FOTO L Manimaran
SULTAN Nazrin berkenaan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah. FOTO L Manimaran
Farah Suhaidah Othman


Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Muda Musa Mahadi di sini, hari ini.

Baginda berangkat tiba di masjid berkenaan pada 8.35 pagi dan disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Solat sunat Aidiladha diimamkan Imam Utama masjid berkenaan, Mohammad Ngifni Abdul Basir.

Sebaik selesai menunaikan solat, baginda kemudian berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat ke Majlis Sambutan Aidiladha di Istana Cempaka Sari, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 10:59 AM