ANTARA rokok seludup yang disembunyikan di belakang MPV. FOTO ihsan Polis
ANTARA rokok seludup yang disembunyikan di belakang MPV. FOTO ihsan Polis
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Lelaki yang yang menyembunyikan 2,000 karton rokok seludup bernilai kira-kira RM100,000 di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Kluang, berhadapan Balai Polis Sri Gading, di sini, 1.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata, semua rokok itu disembunyikan di dalam 30 guni yang disimpan di bahagian belakang kenderaan suspek.

Menurutnya, antara jenis rokok yang dirampas adalah rokok gudang garam, Supernova, Absolute (menthol) dan George Karelia And Sons.

"Siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun itu bertindak sebagai penghantar dan rokok terbabit diambil dari Simpang Renggam untuk dihantar ke Melaka bagi pasaran disana.

"Suspek ditahan reman selama 4 hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang larangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 4:37 PM