FOTO ihsan PDRM
FOTO ihsan PDRM
Norizuan Shamsuddin


Petaling Jaya: Dua individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai membunuh lelaki dalam satu pergaduhan di Tingkat 5 sebuah flat di Jalan PJS 6/3B, Kampung Lingdungan, di sini, jam 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan satu kejadian pergaduhan berlaku membabitkan sekumpulan individu di lokasi berkenaan.

"Bertindak atas maklumat sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi dan mendapati seorang lelaki warga asing barusia 30-an sudah meninggal dunia dengan kesan tikaman diperut di kawasan tempat letak kereta di blok 2 flat terbabit.

"Seterus anggota menyerbu sebuah rumah disyaki tempat berlaku pergaduhan dan menahan dua individu warga asing termasuk seorang wanita di dalam kediaman terbabit.

"Siasatan awal juga mendapati suspek lelaki yang ditahan mengakui membunuh mangsa berkenaan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, sebentar tadi.

Menurut Zani, suspek berusia 28 dan 30 tahun terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis turut mengesan dua individu berusia 20-an bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 12:32 PM