TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah  selepas dijatuhkan hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan rotan. FOTO Mohd Hanafis Abd Haris
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan rotan. FOTO Mohd Hanafis Abd Haris
Mohd Hanafis Abd Haris


Batu Pahat: Peniaga pasar malam yang memiliki bom tangan dijatuhkan hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen, di sini,hari ini.

Hakim Mohammad Khalid Abd Karim menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Saifuddin Muji, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1960 iaitu memiliki bom tangan model M67.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat Nombor 108, Kampung Parit Gantung, Sri Merlung, Rengit pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1960,sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 12:04 PM