SEBAHAGIAN pengguna bermain permainan Pokemon pada telefon pintarnya di sekitar Tasik Taman Jaya.
SEBAHAGIAN pengguna bermain permainan Pokemon pada telefon pintarnya di sekitar Tasik Taman Jaya.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Petaling Jaya: Dianggarkan lebih 200 saman dikeluarkan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) setiap hari kepada pengunjung taman rekreasi Taman Jaya, kerana melanggar peraturan lalu lintas semata-mata untuk bermain aplikasi permainan telefon pintar Pokemon Go.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohd Azizi Mohd Zain berkata, kebanyakan saman adalah membabitkan kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan dan menyebabkan halangan kepada lalu lintas.

Katanya, pengunjung perlu lebih peka dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri kerana tindakan sebegitu boleh menyusahkan orang lain.

“Di pihak MBPJ, kita tidak menghalang orang ramai untuk bermain permainan berkenaan di taman itu namun pengunjung perlu mematuhi peraturan dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Justeru, pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan serta tidak menghalang laluan di kawasan perumahan atau jalan utama,” katanya kepada Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:59 AM