Dalam hidup ini, sudah menjadi keperluan buat seseorang sentiasa membuat persiapan tidak kiralah untuk acara kecil apalagi acara penting. Terutama figura awam, lagilah harus menitikberatkan perkara itu.

Tapi nampaknya se­orang selebriti ini ternyata seakan tidak peka dengan elemen penting demikian apabila menunjukkan 'kebodohan' terang-terangan di depan khalayak baru-baru ini.

Menurut sumber SS, dia yang diberikan tanggung­jawab menjadi jurucakap kepada satu produk jelas tidak arif pun dengan skop tugasannya dan paling memalukan dia tidak ingat pun jenama produk berkenaan.

Ceritanya, dalam pada dia sibuk bercerita mengenai pelantikannya itu tiba-tiba dia menyebut jenama produk lain sehinggakan pemilik produk berkenaan sendiri tercengang dan kecewa.

Dengarnya, dalam nada berlawak, dia kemudian memperbetulkan perkara terbabit namun dari segi lagaknya seolah-olah tidak rasa bersalah pun terhadap pemilik produk.

Bayangkan, jenama yang disebutnya pula adalah jenama saingan kepada produk berkenaan dan sepatutnya tidak sekali-kali harus berlaku.

Itulah, SS sendiri mengakui kadang-kadang tersilap pandang juga benda-benda yang tidak sepatutnya namun untuk perkara penting, seboleh-bolehnya haruslah tumpukan lebih persiapan.

SS: Tidak suka gelojoh terima sebarang tawaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 5:00 AM