TERTUDUH di Mahkamah Tinggi Muar. FOTO Ibrahim Isa
TERTUDUH di Mahkamah Tinggi Muar. FOTO Ibrahim Isa
Ibrahim Isa


Muar: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membebas dan melepaskan empat sahabat daripada hukuman gantung sampai mati selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan mengedar 206.66 gram ganja pada 2014.

Hakim Datuk Wira Halijah Abbas membebas dan melepaskan empat tertuduh, Muhammad Fadhil Majid; Abdull Selamat Safie, 41; Mohamad Firdaus Mohd Jalani, 21; dan Rafieuddin Mohamed, 20, tanpa mengarahkan mereka membela diri.

Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat tertuduh ditahan di depan rumah di Yong Peng, Batu Pahat, 3 petang 9 Mac 2014 bersama 206.66 gram ganja.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) iaitu gantung sampai mati.

Tertuduh pertama hingga ketiga diwakili peguam bela, Muhammad Abd Kadir, manakala tertuduh keempat diwakili peguambela Lydiana Mansor. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Muhammad Shukri Hussain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 4:39 PM