Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Mahkamah Sesyen Kota Bharu melanjutkan perintah reman selama enam hari kepada pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula hari ini hingga Sabtu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen Nor Faizah Abdullah.

Lelaki berusia 47 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada 11.30 pagi sebelum ini ditahan reman selama seminggu bermula 16 Ogos lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek ditahan di pejabatnya di Kota Bharu jam 2.30 petang pada 15 Ogos lalu menerusi operasi serentak SPRM yang turut dijalankan di Kuala Lumpur dan Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 1:21 PM