SASTRO menceritakan pengalaman hidupnya kepada cucu dan cicit di Masai, semalam.
SASTRO menceritakan pengalaman hidupnya kepada cucu dan cicit di Masai, semalam.
Omar Ahmad


Pasir Gudang: Usianya mencecah 100 tahun pada 1 Ogos lalu, namun lelaki kelahiran Jawa Tengah, Indonesia, Sastro Tonoh yang menetap di Kampung Baru, di sini, masih sihat, boleh berkomunikasi dengan baik selain mampu mengenali setiap warisnya.

Sastro yang mesra dengan panggilan Wak Sastro berkata, dia tidak memiliki penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung, tetapi sakit kaki selepas terjatuh ketika memberi makan ayam baru-baru ini.

Menurutnya, rahsia dia bertenaga dan masih boleh menjalankan ibadah adalah mengamalkan pemakanan organik dan semula jadi sejak usia muda.

“Wak orang Jawa dan masa muda dulu banyak mengamalkan ulam-ulam seperti pucuk ubi dan pucuk betik. Wak juga makan makanan yang dibuat sendiri.

“Wak tak beli minyak masak, masa wak muda dulu minyak masak pun wak buat sendiri menggunakan santan kelapa dan kicap pula wak buat sendiri guna kacang soya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 10:19 AM