MINTA Taylor fokus karier nyanyian tanpa peduli kata-kata negatif pengguna Internet.
MINTA Taylor fokus karier nyanyian tanpa peduli kata-kata negatif pengguna Internet.
Susunan Michelle Gun


Gara-gara mempertahankan rakan baiknya Taylor Swift di Twitter, penyanyi dan pelakon popular Selena Gomez, 23, dikecam pengguna media sosial yang menyifatkan tindakannya sebagai hipokrit.

Kecaman itu tercetus selepas sosialit terkenal Hollywood, Kim Kardashian memuat naik rakaman video perbualan suaminya, Kanya West dengan Taylor menerusi panggilan telefon di media sosial.

Dalam rakaman itu, wanita yang dipercayai Taylor memberi kebenaran kepada Kanye menggunakan namanya dalam lirik lagu Famous.

Walaupun Taylor sudah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara terbabit, ramai pengikut tetap menyatakan sokongan mereka terhadap Kim berikutan pendedahan itu.

Bagi mempertahankan Taylor, Selena kemudian memuat naik status di Twitter dan mempersoalkan tindakan pengguna Internet tidak menyuarakan pendapat mereka untuk perkara lebih bermanfaat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 7:23 AM