KETIKA majlis pelepasan konvoi.
KETIKA majlis pelepasan konvoi.

My Stream Club (Kelab Peminat Honda Stream Malaysia) dan Lanun Bikerz Malaya bersama Masjid Putra, Putrajaya menganjurkan program ‘Mahabbah Ramadan’ bagi menghargai serta menggembirakan anak yatim di sekitar Putrajaya, Ramadan lalu.

Program terbabit diserikan dengan kehadiran lebih 40 buah Honda Stream dan 50 penunggang motosikal Lanun Bikerz Malaya bagi meraikan 40 anak yatim.

Program dimulakan dengan aktiviti konvoi membawa anak yatim menaiki Honda Stream untuk membeli pakaian hari raya di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa bersiar-siar di kawasan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menaiki motosikal berkuasa tinggi.

Program meriah itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan duit raya di Masjid Putra, Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2016 @ 5:32 AM