Jenazah enam sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad, petang tadi. FOTO Syamsi Suhaimi
Jenazah enam sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad, petang tadi. FOTO Syamsi Suhaimi
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Jenazah enam sekeluarga yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok, 1.20 pagi tadi selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Al-Furqan Kampung Kubang Badak, Kedai Lalat.

Mereka ialah Mohd Amin Firdaus Zakaria, 29, Mursyida Ahmad Latfi, 29, dan anak mereka, Nur Hana Jannati Mohd Amin lima bulan. Kembar Mursyida, Munira, 29, dan dua anak Raudhatul Syazwina, 4, dan Rifqi Norazmi.

Suami Munira, Norazmi Mahat, 41, dikebumikan di kampungnya di Jelebu, Negeri Sembilan.

Suasana sedih menyelubungi selepas anak kepada pasangan Mohd Amin Firdaus dan Mursyida iaitu Muhammad Aqil Aliuddin, 3, yang cedera turut mengiringi jenazah ahli keluarganya.

Terdahulu jenazah keenam-enam mangsa disembahyangkan di rumah keluarga mereka di Kampung Kubang Badak dan dikebumikan kira-kira jam 6.30 petang.

Lebih 600 ahli keluarga dan saudara mara terdekat menghadiri pengebumian dan mereka menerima ketentuan ini dengan reda meskipun umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, Datuk Hassan Mahmod dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2016 @ 8:18 PM