KIM Swee (dua dari kanan) sedang berbincang strategi kepada anak buah.
KIM Swee (dua dari kanan) sedang berbincang strategi kepada anak buah.
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: “Saya tidak melihat Timor Leste sebagai pasukan lemah malah merasakan mereka setanding skuad kebangsaan.

“Mereka (Timor Leste) ini adalah pasukan yang jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu.

“Oleh itu, saya menjangkakan pertemuan esok adalah perlawanan sukar buat Harimau Malaysia. Jadi, kami hanya perlu kuat di bahagian serangan bagi memburu gol penting,” kata jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee.

Malam ini, skuad kebangsaan akan bertemu Timor Leste pada aksi play-off pertama Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kim Swee berkata, skuad kebangsaan perlu bertindak garang dalam tempoh 90 minit mengasak kubu lawan bagi mendapatkan kelebihan jaringan gol.

Kim Swee akui itu tugas sukar kerana Timor Leste kini bukan lawan yang mudah ditumbangkan selepas diperkuatkan dengan beberapa pemain naturalisasi.

“Sekiranya pemain beraksi dengan baik dan mengikut arahan, pastinya kita menemui jalan untuk menjaringkan gol. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik lebih-lebih lagi apabila bermain di tempat sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai posisi ditinggalkan pemain tengah, Safiq Rahim, Kim Swee mempunyai beberapa pilihan pemain yang sesuai antaranya Amirulhadi Zainal, Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar, Latiff Suhaimi dan Junior Eldstal.

Sementara itu, kapten pasukan, Aidil Zafuan Abd Radzak, berharap skuad kebangsaan mendapat tuah yang membawa cabaran skuad kebangsaan bermain untuk Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Sebahagian daripada pemain kebangsaan yang beraksi untuk JDT sudah biasa dengan keadaan padang dan ini akan memberikan kelebihan kepada kami esok. Kami perlu memberikan tumpuan 100 peratus untuk menang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 9:15 AM