SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melawat bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar, Yeong Siew Man, 81, di Jalan Delima di Island Glades. FOTO Mikail Ong
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melawat bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar, Yeong Siew Man, 81, di Jalan Delima di Island Glades. FOTO Mikail Ong
Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melawat bekas pengetua baginda, Yeong Siew Man di Greenlane, di sini, tadi.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 11 pagi di kediaman bekas pengetuanya di Jalan Delima, diiringi Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Baginda meluangkan masa bersama dengan bekas pengetuanya, Siew Man dan isteri, Lei Yong hampir 20 minit.

Baginda kemudiannya singgah bersantap di Restoran Kayu Nasi Kandar di Bukit Jambul.

Ketibaan Baginda di restoran berkenaan disambut ceria oleh pelanggan yang datang.

Terdahulu, Baginda turut berkenan menyampaikan cenderahati berbentuk jam dan syiling Kemahkotaan Tuanku Sultan kepada Siew Man.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 12:50 PM