NAJIB di majlis pecah tanah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
NAJIB di majlis pecah tanah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran 100,000 unit Perumahan Penjawat Awan 1Malaysia (PPA1M) menjelang 2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sehingga kini 148 projek membabitkan 82,012 unit rumah diluluskan dan sedang dalam pembinaan.

"Itulah komitmen kerajaan untuk penjawat awam supaya mereka tidak terbeban dengan hutang.

"Selain itu ia bagi membolehkan mereka memiliki aset sendiri selain untuk keluarga pada masa depan," kata beliau semasa berucap pada Majlis Pelancaran PPA1M Metropolitan Kepong di sini, hari ini.

Projek berkenaan membabitkan pembinaan 1,230 unit kediaman.

Harga yang ditawarkan ialah antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit.

PPA1M pertama kali dilancarkan di Putrajaya membabitkan pembinaan 10,336 unit rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 6:36 PM