ANGGOTA Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat  membuat tinjauan di sekitar sungai Batang Lupar. FOTO Hairul Anuar Rahim

Garret Dawum

Simunjan: Tinjauan udara meliputi kawasan seluas 30 kilometer bermula 11.15 pagi tadi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak masih belum dapat mengenal pasti lokasi sebenar rangka utama helikopter dan seorang lagi mangsa.

Pengarah Bomba Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, tinjauan setakat 4 petang tadi masih menunjukkan penemuan negatif.

"Kita hanya mampu melakukan tinjauan udara selama kira-kira sejam dari Kampung Sungai Merah hingga Kampung Pulau Seduku.

"Masa dari 11.15 pagi hingga 12 tengah hari adalah masa sesuai berdasarkan carta pasang surut air sungai Batang Lupar, namun tiada sebarang objek atau bangkai helikopter ditemui termasuk mayat seorang lagi mangsa," katanya selepas tinjauan berkenaan, hari ini.

Menurut Nor Hisham, hasil operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini hanya menemui dua serpihan pesawat, dua kerusi dan beg milik seorang mangsa.

Khamis lalu, nahas helikopter yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching mengorbankan lima mangsa termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon; Ketua Setiausaha, Datuk Dr Sundaran Annamalai; dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Dua lagi mangsa adalah suami Datuk Noriah iaitu Asmuni Abdullah dan pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 5:51 PM