KEADAAN bas selepas melanggar treler.
KEADAAN bas selepas melanggar treler.
Oleh Isma Ismail


Ledang: Seorang penumpang bas pesiaran maut, manakala dua lagi parah selepas bas yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 155 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Plaza Tol Bukit Gambir di Ledang, 3.15 pagi tadi.

Lima lagi penumpang bas dan pemandu treler turut mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.

Identiti mangsa warga Indonesia yang maut masih belum dikenal pasti dan mayatnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Kesemua penumpang yang cedera pula dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, bas berkenaan yang membawa pelancong Indonesia dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Disember 2014 @ 10:25 AM