Mohd Fadly Samsudin

Subang Jaya: Lelaki 33 tahun meninggal dunia selepas rebah tiba-tiba ketika bermain futsal, di sini, malam tadi.

Arwah Mohd Khairil Anwar yang juga pekerja di syarikat pembuat cakera keras di Petaling Jaya dipercayai mengalami sesak nafas sebelum rebah dan pengsan.

Difahamkan, sebaik pengsan mangsa turut diberikan bantuan CPR namun mangsa disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Mengikut rekod perubatan bedah siasat, arwah meninggal dunia kerana serangan jantung," katanya.

Sementara itu, jenazah dibawa ke Kampung Rantau Panjang, Klang, untuk dan dikebumikan selepas Asar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 7:03 PM