NOORDIN (kiri) jadi mangsa kemarahan penyokong Ascoli.
NOORDIN (kiri) jadi mangsa kemarahan penyokong Ascoli.
Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Memiliki kelab Serie B FC Bari 1908 bagaikan cabaran besar buat ahli perniagaan Malaysia Datuk Dr Noordin Ahmad.

Biarpun kehadirannya untuk menyuntik dana dalam misi membawa FC Bari kembali beraksi di Serie A serta menjadi antara pasukan terbaik di Itali dalam tempoh lima tahun amat dialu-alukan peminat kelab itu, namun penerimaan penyokong lawan terhadapnya cukup berbeza.

Ini dapat dilihat apabila segelintir penyokong kelab Ascoli mengejek Noordin ketika beliau menyaksikan perlawanan di Stadio Cino e Lillo Del Duca kelmarin.

Dalam perlawanan itu Bari menang 1-0 hasil jaringan sendiri D Cinaglia sekali gus memastikan kelab yang terkenal dengan jolokan iBiancorossi itu kekal di tangga ketiga.

Memetik laporan media Itali, baritalianews.it Noordin yang ditemui pemberita selepas perlawanan itu menyatakan rasa kecewanya dengan tindakan penyokong Ascoli.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 7:49 AM