SESI persekolahan berjalan seperti biasa setelah kejadian histeria yang berlaku pada minggu lalu yang menyebabkan lebih 50 pelajar dan beberapa orang guru dirasuk sehingga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 pada hari ini, berjalan seperti biasa selepas kejadian histeria Isnin lalu.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Abdullah Mohd berkata, sehingga kini tiada lagi laporan baru yang diterima mengenai kejadian histeria sejak cuti peristiwa Khamis lalu.

Katanya, kehadiran pelajar ke sekolah pada hari ini juga seperti kebiasaannya dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan terkawal.

"Pelajar tidak perlu takut untuk datang ke sekolah kerana keselamatan mereka akan diutamakan.

"Pada masa sama untuk mengatasi kejadian histeria ini,pihak sekolah akan meneruskan program kerohanian untuk mengembalikan semangat pelajar,"katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan 67 pelajar dan guru di sekolah berkenaan diserang histeria sejak Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, pelajar mendakwa ternampak kelibat makhluk halus di kelas kosong dan tandas mengganggu mereka.

Susulan kejadian itu, sekolah mengambil cuti peristiwa selama sehari pada Khamis lalu untuk 'membersihkan' kawasan sekolah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 3:46 PM