Gambar yang disiarkan di laman web Pengawal Revolusi Iran hari ini, menunjukkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan negara itu dalam program ujian Iran.
Gambar yang disiarkan di laman web Pengawal Revolusi Iran hari ini, menunjukkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan negara itu dalam program ujian Iran.
Agensi

Tehran: Peluru berpandu antara benua jarak sederhana yang dilancarkan tentera Iran hari ini dihasilkan dengan supaya mampu mengenai sasaran di Israel, kata pemerintah peluru berpandu Pengawal Revolusi selepas tentera negara itu melancarkan dua lagi peluru berpandu jarak sederhana dalam program ujiannya hari i ni.

“Sebab kami menghasilkan peluru berpandu dengan jarak sehingga 2,000 kilometer ialah bagi membolehkan ia mensasar musuh kami, regim Zionis dari jarak yang selamat,” kata Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh yang dilaporkan agensi berita ISNA.

Timbalan pemerintah Pengawal Revolusi, Jeneral Hossein Salami, berkata: “Peluru berpandu tepat jarak jauh Qadr-H dan Qadr-F ditembak hari ini yang memusnahkan sasaran yang terletak sejauh 1,400 kilometer.”

Iran tetap melancarkan dua peluru berpandu itu hari ini walaupun diberi amaran oleh Amerika Syarikat supaya tidak berbuat demikian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 4:40 PM