SALEHHUDIN menunjukan barang rampasan dalam sidang media. FOTO Junaidi Ladjana
SALEHHUDIN menunjukan barang rampasan dalam sidang media. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Penjenayah diberkas polis selepas terbabit dalam kes rompak bersenjatakan pisau dalam serbuan di rumah di Kampung Padas Menggatal, dekat sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, dalam serbuan itu juga polis menemui sejumlah barangan curi termasuk sebuah kereta.

"Hasil siasatan mendapati suspek berusia 31 sebelum ini dipercayai terbabit dalam kes rompakan bersenjata di rumah di Taman Fulliwa, Jalan Tuaran, Menggatal, 4 Mac lalu, membabitkan kerugian kira-kira RM85,000.

"Hasil intipan dan risikan polis mengesan suspek sebelum memberkasnya," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.

Menurutnya, suspek juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan dadah.

"Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 4:31 PM