Ayusliza Azizan


Klang: Pelajar tingkatan satu yang putus kedua-dua kaki akibat digilis, Januari lalu dibenarkan pulang hari ini selepas lebih 40 hari dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau Ecah kelihatan ceria dan berkata, dia sangat gembira apabila ditanya mengenai perasaannya.

Ibunya Maimunah Md Razalli, 48, berkata, dia bersyukur dan gembira anak perempuannya sudah kembali sembuh.

"Walaupun luka di kaki Ecah belum sembuh sepenuhnya tetapi ia tidak membimbangkan," katanya.

Siti Nuraisyah bersama ibu dan bapanya Roslan Sardi, 40, meninggalkan HTAR kira-kira 3 petang tadi untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Parit 16, Sungai Panjang.

Dalam kejadian 18 Januari lalu, Ecah putus kedua-dua kaki selepas digilis lori ketika dalam perjalanan ke rumah dari sekolah di Parit 16, Sungai Panjang.

Berita berkaitan:

• Ecah masih tunggu luka untuk kering: http://hmtro.com/1nkPwL1

• 'Saya mahu jumpa dia': http://hmtro.com/21bcmC2

• Ibu risau bawa Ecah pulang: http://hmtro.com/1oUhUVo

• Kaki kiri Ecah keluar nanah: http://hmtro.com/21JfaMx

• Ecah dah duduk: http://hmtro.com/1TuDk99

• Kaki kanan Ecah dibedah esok: http://bit.ly/1OJtlrp

• Risau azab ke sekolah: http://hmtro.com/1p3WkhO

• Sumbangan PM kepada adik Siti Nuraisyah: http://hmtro.com/1OV05dS

• 'Saya kena kuat...' [METROTV]: http://bit.ly/1Zy8sm7

• Pelajar sekolah putus kaki digilis lori: http://bit.ly/1ZGMUsI

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 7:10 PM
SITI Nuraisyah bersama ibu bapanya, Roslan Sardi (kanan) dan  Maimunah Md Razali (kiri) kelihatan gembira selepas dibenarkan pulang. FOTO Nazran Jamel
SITI Nuraisyah bersama ibu bapanya, Roslan Sardi (kanan) dan Maimunah Md Razali (kiri) kelihatan gembira selepas dibenarkan pulang. FOTO Nazran Jamel