Nawardi (tengah) menunjukkan katrij tiruan yang dirampas. FOTO Zulaika Zainuzman
Nawardi (tengah) menunjukkan katrij tiruan yang dirampas. FOTO Zulaika Zainuzman
Zulfa Mohamad


Bukit Mertajam: Katrij tiruan bernilai RM1.5 juta dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah bangunan stor di Jalan Gurdwara, Georgetown, semalam.

Dalam serbuan 3 petang itu, sebanyak 2,000 katrij kosong dan 720 katrij isi semula dirampas.

Pengarah KPDNKK negeri, Nawardi Saad, berkata,berdasarkan risikan dilakukan sejak dua bulan lalu pihaknya mengesan kegiatan mengisi semula katrij giat dijalankan di premis berkenaan.

"Katrij tiruan ini adalah katrij asli yang diisi semula dengan dakwat dan dijual pada harga pasaran.

"Produk tiruan ini dibungkus menggunakan kotak yang dicetak semula seperti produk asal berserta hologram dan nombor siri sama pada bungkusan," katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 2:28 PM