PELUMBA Astana Pro Team, Andrea Guardini. FOTO Asyraf Hamzah
PELUMBA Astana Pro Team, Andrea Guardini. FOTO Asyraf Hamzah
Azlan Muhammad Zain


Rembau: Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini menjuarai peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 yang berakhir di Parit Sulong, sebentar tadi.

Kemenangan itu melebarkan rekod kemenangan Guardini di LTdL sebanyak 21 peringkat perlumbaan.

Pelumba dari Itali itu menamatkan laluan terpanjang pada edisi ke-21 dari Seremban sejauh 202.3 kilometer dengan masa empat jam 47 minit 12 saat.

Tempat kedua diraih pelumba Jakub Mareczko dari Southeast-Venezuela manakala Andrea Palini dari Skydive Dubai Pro Cycling tempat ketiga.

Harrif Saleh dari Terengganu Cycling Team muncul pelumba tempatan terbaik apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Perlumba dari 22 pasukan akan meneruskan saingan peringkat kelapan dan terakhir esok sejauh 119 kilometer bermula di Batu Pahat ke Melaka.

LTdL edisi ke-21 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan membabitkan jarak sejauh 1179 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 3:31 PM