JOHARI (tengah) berbincang bersama Ong (kiri) ketika majlis perasmian. Turut hadir, Mohd Shafei (kanan). FOTO Bernama
JOHARI (tengah) berbincang bersama Ong (kiri) ketika majlis perasmian. Turut hadir, Mohd Shafei (kanan). FOTO Bernama
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Pembukaan galeri jualan Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini, dijangka menjadi projek ikonik baharu negara.

BBCC adalah projek pembangunan bersepadu dimajukan konsortium UDA Holdings Bhd, Eco World Development Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pegawai Eksekutif BBCC, Datuk Richard Ong berkata, projek itu dibangunkan di atas tapak asal Penjara Pudu dan memperoleh kelulusan kerajaan.

"Kelulusan kerajaan penting bagi memastikan galeri jualan dapat mempamerkan pelan induk BBCC bertaraf dunia kepada orang awam.

"Pusat galeri BBCC dibuka untuk kujungan orang ramai bermula hari ini," katanya pada majlis perasmian itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi UDA Holdings, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Pengerusi Eco World Development, Tan Sri Liew Kee Sin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 1:34 PM