ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan membabjtkan tiga kenderaan. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan membabjtkan tiga kenderaan. FOTO ihsan Bomba
Junaidi Ladjana


Tuaran: Suami isteri maut manakala lima cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Berungis berhadapan Hospital Tuaran, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, pemandu kereta Proton Saga FLX, Jusit Teo, 66, dan isterinya Tooi@Tainis intigan, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi individu yang menaiki Perodua Viva Norina Indra dan Mohd Samynan kosshah, 30, parah manakala tiga lagi yang menaiki kereta yang sama cedera.

Semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.12 pagi dan menghantar sebuah jentera dan 10 anggota yang ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian, kami mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Saga FLX, Perodua Viva dan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

"Dua mangsa yang menaiki Proton Saga FLX meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima individu daripada Perodua Viva yang cedera dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma dengan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 10:35 AM