GRIEZMANN (tengah) dirai rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama.
GRIEZMANN (tengah) dirai rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama.
AFP

Madrid: Atletico Madrid kembali ke puncak La Liga selepas jaringan Antoine Griezmann dan Yannick Ferreira Carrasco memastikan kemenangan 2-0 ke atas Celta Vigo, awal pagi semalam.

Sementara itu, kegagalan Gary Neville meraih sebarang kemenangan sejak mengemudi Valencia bulan lalu berlanjutan ke perlawanan kelima apabila jaringan berganda Jonathas pada saat akhir memberikan kemenangan 2-0 buat Real Sociedad.

Griezmann menjaringkan gol ke-14 musim ini selepas aksi satu-dua dengan Luciano Vietto sebelum jaringan Carrasco mengesahkan kemenangan kesembilan La Liga dalam 10 perlawanan terakhir Atletico.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Diego Simeone memintas Barcelona dengan perbezaan dua mata sekalipun mereka bermain lebih satu perlawanan selain mengekalkan kelebihan empat mata ke atas Real Madrid.

“Pertahanan kami mantap dan kami sedar jika mampunyai peluang di bahagian serangan, kami boleh menjaringkan gol bila-bila masa,” kata Griezmann.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 7:27 AM