Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan polis setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, pagi ini.

Penahanannya disahkan sendiri Dr Akmal menerusi perkongsian di akaun Facebook beliau sebentar tadi.

"Saya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

"Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita," katanya.

Difahamkan, Dr Akmal ditahan di KKIA sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi tadi sebelum dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk diambil keterangan.

Beliau dijadualkan menghadiri Kembara Ramadan Pemuda Umno di Kampung Limbawang, Beaufort, petang nanti.

Dr Akmal sebelum ini lantang menyuarakan isu stoking mengandungi kalimah Allah yang dikesan dijual di pasar raya mini KK Mart.

KPN sahkan penahanan Ketua Pemuda Umno

'Saya ditahan di IPD Kota Kinabalu' - Akmal

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2024 @ 11:32 AM