GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Ahli perniagaan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain golf di sebuah kelab golf di Rawang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian pada 10.30 pagi itu berlaku ketika lelaki warga emas berusia 69 tahun itu bermain golf bersama tiga rakan.

"Bagaimanapun, mangsa kemudian terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Hasil semakan mendapati mangsa mempunyai sejarah masalah jantung sejak 2018," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa jam 12.25 tengah hari.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 7:29 PM