GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Bukit Mertajam: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 280 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu Krismas di dua lokasi di negeri itu semalam.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan operasi itu dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Sungai Dua bersama Polis Diraja Malaysia 9.30 malam tadi hingga 5 pagi ini.

"Sebanyak 280 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, tidak mempamerkan pelekat P, tiada cermin sisi dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran.

"Operasi bersepadu itu bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 4:33 PM